Google+ Followers

Friday, 15 March 2013

FILIPINA SUARAKAN KOMITMEN BANTU SELESAI ISU PENCEROBOHAN SABAH


Taiping, 15 Mac - Kerajaan Filipina melahirkan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah termasuk mengenal pasti dalang di sebalik insiden itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatannya Voltaire T. Gazmin pada pertemuan di Putrajaya semalam.

"Mereka akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan militan di Sabah, sama ada di pihak Filipina atau dalang di pihak Malaysia atau pihak ketiga yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya Setiausaha Pertahanan Filipina itu juga menyatakan komitmen negaranya untuk bersama-sama pasukan keselamatan Malaysia menghapuskan saki-baki penceroboh militan yang berada di Lahad Datu serta kawasan lain di Sabah.

"Kerajaan Filipina juga telah berjanji untuk melakukan siasatan sepenuhnya terhadap mana-mana penceroboh militan yang telah dapat ditangkap dan mereka semua akan dikenakan tindakan mahkamah," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia percaya Filipina mempunyai bukti pembabitan pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram dalam insiden pencerobohan itu.

"Bukti sedang dikumpulkan termasuk anak perempuannya yang kita dapat tahu bergerak menggunakan pesawat peribadi. Saya diberitahu Setiausaha Pertahanan Filipina ada seorang tokoh pembangkang dari Filipina yang membiayai kos perjalanan itu," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang ditemui selepas berjumpa warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, turut memakaikan pangkat baharu kepada pegawai dan anggota tentera.

Sebanyak 203 pegawai dan anggota terlibat dalam kenaikan pangkat itu.

BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: