Google+ Followers

Friday, 15 March 2013

PGPF Sumbang RM80,000 Untuk Tabung Perwira Lahad Datu

Upacara penyampaian cek sumbangan kepada Tabung Perwira Lahad Datu... 

KUALA LUMPUR, 15 MAC – Mantan Perdana Menteri Malaysia selaku Presiden Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyumbangkan sejumlah RM 80,000 kepada Tabung Perwira Lahad Datu di Bangunan Yayasan Al-Bukhari, hari ini.

Sumbangan telah disampaikan kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan disaksikan oleh Tan Sri Norian Mai, mantan Ketua Polis Negara yang juga merupakan Pengerusi PGPF.

Majlis anjuran PGPF tersebut turut diserikan dengan kehadiran Tun Dr. Siti Hasmah hj. Mohd Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Pengarah-pengarah,Timbalan-timbalan Pengarah PDRM serta wakil-wakil media.
— at Yayasan Al Bukhari.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: