Google+ Followers

Friday, 15 March 2013

GANDINGAN PADU PDRM-ATM


GANDINGAN PADU PDRM-ATM: Jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenalkan kerajaan sejak dua tahun lalu dianggap berjaya berdasarkan semangat anggota pasukan keselamatan ketika menyertai Op Daulat di Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Op Daulat adalah kerjasama pertama antara PDRM dan ATM menentang pengganas sejak NBOS dilaksanakan.

Sebelum ini, kedua-dua pihak menjalin kerjasama dalam mengurangkan kadar jenayah melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan ia ternyata berjaya.

“Saya berpuas hati dengan jalinan kerjasama ini, malah moral pasukan keselamatan di Lahad Datu juga sangat tinggi berkat sokongan dan dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia,” ujar Tan Sri Ismail.

Strategi itu turut disokong Panglima ATM Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zain yang memberitahu semangat tinggi ditunjukkan pasukan polis dan tentera memperlihatkan jallnan kerjasama yang erat antara mereka.

Sumber: Akhbar Harian Metro


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: