Google+ Followers

Saturday, 9 March 2013

Lahad Datu: Upacara Sembahyang Agama Buddha


Brickfields 8 Mac - Upacara sembahayang agama oleh pegawai-pegawai polis adalah salah satu cara pegawai polis agama lain memberi sokongan moral secara mental dan spiritual kepada rakan sekerja mereka yang berada di medan pertempuran di Lahad Datu.

Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 200 pegawai dan anggota beragama Buddha di Lembah Klang adalah bertujuan untuk mendoakan keselamatan perjuangan wira-wira negara yang masih bertempur di medan dan juga mengenang jasa bagi mereka yang telah gugur dalam Op Daulat bumi Sabah, satu upacara sembahyang telah diadakan di Kuil Buddha Maha Vihara pada hari ini. Selain daripada upacara keagamaan, pegawai dan anggota polis beragama Buddha juga turut mengadakan tabung kutipan derma sumbangan untuk keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dan cedera kerana berkhidmat. Semua kutipan akan diserahkan kepada Pegawai Kebajikan Bukit Aman selepas kutipan telah diadakan.

Hadir bersama adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Koh Hong Sun, DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur. Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Suksis) Universiti Malaya turut menghadiri upacara sembahyang ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: