Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
 Kuala Lumpur, 8 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini melawat Inspektor Mohd Hasnal Jamil, 31, yang sedang
 dirawat di sebuah hospital di sini ekoran kecederaan parah dalam 
kejadian serang hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung 
Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas.
  
Khalid meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat Mohd Hasnal dari Cawangan Khas Bukit Aman itu dengan dikawal ketat anggota polis.
  
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Khalid berkata: "Dia dilihat beradadalam keadaan sihat, ceria...bertambah baik...dia dah lupa dah apa yang berlaku, bukan dia tak ingat mungkin dia tak mahu ingatlah. "Saya nak tengok keadaan kesihatan dia dan keadaan dia ok."
  
Turut mengiringi Khalid ialah Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Timbalannya, Datuk A. Thaiveegan.
  
Mohd Hasnal dibawa pulang ke ibu negara Rabu lepas untuk rawatan susulan selepas menerima rawatan di Hospital Tawau, Sabah.- BERNAMA

 Kpl 1124833 Khairul Anuar
Kpl 1124833 Khairul Anuar

No comments:
Post a Comment