Google+ Followers

Saturday, 9 March 2013

OP DAULAT: PASUKAN KESELAMATAN MARA KE KAWASAN BAHARU


Lahad Datu, 9 Mac - Pasukan keselamatan mara ke kawasan baharu menghampiri kawasan penceroboh militan selatan Filipina bersembunyi di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 120 kilometer dari sini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata fokus pasukan keselamatan kini adalah untuk membersihkan kawasan itu secara besar-besaran.

"Kami percaya saki-baki musuh itu sekarang ini berada di kedua-dua tempat (Kampung Tanduo dan Tanjung Batu) ini," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Operasi Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Feb lepas.

Sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 53 musuh dan lapan anggota polis terkorban. Pasukan keselamatan turut menahan 106 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai askar kesultanan Sulu.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar

Blog Archive

Pemantau Bebas 2020 Followers: