Kuala Lumpur, 9 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengatur untuk menambah kekuatan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan keseluruhan pantai timur Sabah.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya
sedang berbincang berkaitan penambahan anggota untuk mempertingkatkan
lagi kawalan keselamatan di kawasan terbabit.
"Kita akan menaikkan jumlah anggota keselamatan kita di sana. Sebelum
ini, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun
mengumumkan Kawasan Keselamatan Khas (SSA) di Kudat, Tawau, Kunak,
Sandakan dan Lahad Datu.
"Jadi kita sedang berbincang mengenai
bagaimana kita hendak menubuhkan kawasan keselamatan khas itu dan
bagaimana kita hendak mengambil pendekatan dalam mewujudkan kawasan
keselamatan khas tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek kepada perwira negara Lahad Datu, Sabah di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan
Khas (SSA) di Sabah bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan
pantai timur negeri ini.
Kawasan Keselamatan Khas yang
berpusat di Lahad Datu itu akan menjadi pusat perintah yang menempatkan
beberapa kabin sementara agar dapat berfungsi segera.
Beliau
turut berkata moral anggota PDRM yang berada di sana amat tinggi, dan
rata-ratanya berasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian pasukan
keselamatan itu untuk berjuang dan menyelamatkan Sabah.
Pada
majlis itu, Khalid menerima cek bernilai RM30,000 daripada Presiden
Gurdwara Pusat Latihan Polis DSP Mender Singh untuk disumbang kepada
waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas
Sulu di Lahad Datu dan Semporna.
Dalam ucapannya, beliau
berkata sumbangan itu merupakan satu sokongan moral yang sangat tinggi,
bukan sahaja kepada waris yang terkorban, tetapi menjadi suntikan
semangat kepada para pejuang.
"Mereka (pasukan keselamatan)
sedang menyerahkan jiwa raga dalam mencurah khidmat bakti dan berjuang
bagi mendaulatkan negara di Sabah.
"Saya yakin sokongan
daripada seluruh rakyat Malaysia tanpa batasan agama, bangsa dan budaya
tentulah perwira-perwira kita akan lebih bersemangat dalam meneruskan
'Op Daulat' dalam menghapuskan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara kita," katanya.
Khalid mengakhiri ucapan dengan harapan Sabah kembali aman sejahtera
dan berharap rakyat negeri itu boleh menjalani kehidupan seperti sedia
kala.
Kira-kira 400 orang hadir pada majlis itu, antaranya,
kaum Sikh, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kaum Sikh dari
seluruh Gurdwara di Malaysia mengadakan upacara doa yang bermula semalam
hingga 17 Mac ini agar tiada lagi episod pertumpahan darah melibatkan
anggota pasukan keselamatan, dan berharap krisis di Sabah dapat diselesaikan segera.
Turut hadir Pengerusi Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) Polis Diraja
Malaysia Datuk Wira Ayub Yaakob, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad
Salleh, dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin
Wah. - BERNAMA
Saya bukan pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Maklumat yang ada di blog ini ada macam-macam. Ada maklumat sahih, ada yang tidak sahih dan ada yang direka. Anda perlu melihat, semak dan menilainya sendiri. Saya merujuk semua maklumat untuk diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ke atas maklumat di blog ini yang mungkin digunakan atau di salahgunakan untuk lain-lain tujuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(785)
-
▼
March
(470)
- Kanak- Kanak Ini Diberi Makan Sebelum Ditembak Mat...
- Penduduk sepakat mahu terus tinggal di Kampung Tan...
- Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokas...
- Penduduk Tanjung Batu sayu lihat rumah berlubang k...
- Lahad Datu : Kampung Tanjung Batu musnah
- Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah mu...
- Di mana kami mahu tinggal selepas ini?
- RAHSIA Dan Perancangan Pengganas Sulu Semakin Jela...
- ABRAHAM INDJIRANI KIRIM 500RIBU USD KEPADA ADIKNYA...
- Gambar-gambar Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman
- Lahad Datu: Lelaki Bergelar Datuk Seri Dicari Bant...
- HAMPIR DISEMBELIH JENERAL MUSA
- Pengganas Sulu tidak tahu mengucap
- Tanda Raja Lanun Kiram III Telah Mati
- Tanda Raja Lanun Kiram III Nazak Atau Tanda Akhir
- Tanda 1 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 3 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 7 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 40 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Tanda 100 Hari Sebelum Kematian Raja Lanun Kiram III
- Ketua Pengganas Sulu Saman Malaysia Rm77.8 Bilion
- Tidak Perlu Nak Hantar Komando Untuk Bunuh Jamalul...
- Kampung Tanjung Labian telah diisytiharkan bersih
- Dakwa Jamalul Kiram III
- Jadilah Orang Yang Cerdik
- Anak ‘Mat Bom’ DiTahan
- OP Daulat..Lawatan Timbalan KPN Bersama Panglima A...
- Kpl Khairul Anuar Mat Isa
- Menteri Pertahanan Raja Lanun Kiram III Berjaya Di...
- Empat Mayat Warga Asing Ditemui, Seorang Askar Ced...
- Sulu Sultanate disputes Malaysian claim over arres...
- Dikabarkan Datu Phugdal Kiram, adinda Raja Lanun K...
- AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI
- JACKEL RAMOS MENDAKWA INI PHOTO TENTERA MALAYSIA M...
- Colonel Sunny Ng
- Pirate King of Sulu slams Palace for downplaying a...
- Aquino orders DFA, DOJ to aid 8 Pinoys facing deat...
- PH gets access to jailed Pinoys in Sabah; embassy ...
- Inikah wajah Datu Amir Baha@Datuk Bahang Jeneral P...
- KECEDERAAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT L/KPL MOHD ZARI...
- Dijamin selamat: Penduduk Kembara Sakti kembali ke...
- HARI POLIS KE-206
- KPN YAKIN STRATEGI JANGKA PENDEK DAN PANJANG JAMIN...
- Pertahan Keamanan Tanggungjawab Generasi Muda
- TIADA PETUNJUK KAITKAN MILITAN YANG TAWAN SURI RUM...
- POLIS INGATKAN ANGGOTA SRS TIDAK BERTINDAK IKUT EM...
- Sang Saka Biru
- LAWATAN MENGEJUT TIMBALAN KPN KE MARTEK/KOMTEK PGA
- BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT BAGI WI...
- NAMA DUA PERAJURIT TERKORBAN AKAN DIABADIKAN PADA ...
- AZZIMUDIE KIRAM TINGGALKAN SABAH SEJAK 11 MAC LEPAS
- PGM LIGAT RONDA KAMPUNG PESISIR PANTAI
- PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT
- PEJUANG PDRM/ATM TERIMA SUMBANGAN CELCOM
- SEORANG PENCEROBOH DITEMBAK MATI, WANITA DITAHAN D...
- PDRM SEDIA HADAPI PELBAGAI KEMUNGKINAN PILIHANRAYA
- OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 21 MAC 2013 (11.0...
- Siapa Dia Ini Mengaku Sebagai Tuanku Sultan Raja M...
- Airmata Ibu
- Saman Homoseksual RM 100 Juta - Permohonan Maaf Pa...
- PAPAGOMO Adalah Pengundi Hantu?
- Dikatakan Orang PapaGomo Dipukul DI Segambut
- PENGGANAS BETINA RAJA LANUN KIRAM III DITANGKAP HI...
- Untuk anggota keselamatan yang baru terjaga dari t...
- Duit 50 sen yang membuatkan Raja Lanun Kiram III k...
- Gandingan Mantap 3 Ustaz di Stadium Sultan Mohamad IV
- Nik Aziz Terkejut Dan Bangga Dengan Anak-anak Muda...
- Tok Guru Nik Aziz contoh terbaik untuk ikutan anak...
- Puluhan Ribu Sertai Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di St...
- Stadium Sultan Mohamad IV, Bukan Setakat Untuk Mai...
- Raja Lanun Kiram III, Ajal tidak menunggu taubatmu
- Ketua tentera Sulu rakyat Malaysia?
- Mehhh Sini Semua Pengkritik
- Hey KIRAM
- Tembak Skot Jangan Beri Ruang Kepada Penceroboh
- Gambar Koperal Khairul Anuar Mat Isa
- Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus
- 12 Cara Isteri Supaya Sentiasa Disayangi Suami
- Jangan Kosong Akhirat
- UAE menghantar Ulama mereka untuk menentang ilmu K...
- Bila kau rindukan keluargamu yang bertugas di Laha...
- Nyawa Raja Lanun Kiram Cuma 50 Sen
- Pencerobohan di Sabah ulangan sejarah pembunuhan J...
- JSJ BUKIT AMAN KETUAI SIASATAN PENCEROBOHAN LAHAD ...
- Adnan redah zon merah
- LAHAD DATU: LAPAN SUSPEK RAKYAT FILIPINA DIDAKWA L...
- MAYAT 28 PENGGANAS AKAN DIKEBUMIKAN DAHULU- KHALID
- Kepulangan Ketua Polis Negara
- Masyarakat Suluk Sabah Menolak Sekeras-kerasnya Pe...
- Sniper Kill Shot, Barret M107
- Sniper rifles yang mana satu bakal digunakan untuk...
- Gempar Ada komplot mahu bunuh Raja Lanun Sulu
- Kiram Minta Bantuan Tentera Indonesia Perangi Sabah?
- Siapa mereka ni?
- Perang Gerila Siber Ke Ni?
- Kuala Lumpur: SABAH SELAMA-LAMANYA SEBAHAGIAN DARI...
- Lahad Datu: TAKTIK GERILA PENGGANAS SELATAN FILIPI...
- Lahad Datu: EMPAT PERTEMPURAN BERLAKU ANTARA PENGG...
- OP DAULAT: KPN KE SEMPORNA
- OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 19 MAC 2013 (10.3...
-
▼
March
(470)
No comments:
Post a Comment