Free Widgets

Friday 8 March 2013

OPS TAYANG DI SEMPORNA, KEMPEN PENERANGAN TAHAP KESELAMATAN TERKINI

SEMPORNA, 7 Mac -- Pasukan keselamatan hari ini menjalankan operasi khas ''Ops Tayang'' untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai tahap kawalan keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di sekitar daerah Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata melalui ''Ops Tayang'', taklimat ringkas akan diberikan kepada penduduk di kawasan pekan dan beberapa kampung di daerah Semporna.

"Operasi ini kita tumpukan di kawasan kampung, pekan dan perairan di daerah ini, ia bertujuan memberikan kefahaman kepada penduduk bahawa kawasan di Semporna adalah selamat dan terkawal," katanya.

Operasi itu disertai oleh polis dari Ibu Pejabat Daerah Semporna, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerakan Am Batalion 14 dan pasukan VAT 69 Bukit Aman, katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 9 Feb lalu dan sentiasa mendapatkan maklumat dari pihak polis bagi mengelakkan penyebaran khabar angin.

Mohd Firdaus turut menafikan pihaknya mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk tempatan, sebaliknya memberitahu penduduk boleh menjalankan urusan harian seperti biasa.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi Ops Tayang selama sejam setengah mulai 2.30 petang itu memfokuskan beberapa kawasan utama seperti di Kampung Simunul, Kampung Bubul Lama, Kampung Bugaya dan Pekan Semporna.

Rata-rata penduduk melahirkan keyakinan terhadap pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan daerah Semporna dari ancaman pengganas Sulu.

Bagi, Jasim Abd Latiff, 21, beliau melaungkan keyakinan terhadap Ops Tayang terutamanya dalam memberikan maklumat yang tepat.

"Kalau saya nampak pengganas di kawasan ini saya akan terus melaporkan kepada pihak keselamatan. Saya yakin dengan tahap keselamatan di sini, tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya kepada Bernama.

Bagi Ulimah Hassan, 42, berkata taklimat ringkas berhubung tahap keselamatan di kawasan Kampung Bubul Lama, oleh pasukan keselamatan kepada penduduk telah menyakinkannya bahawa daerah Semporna kini dalam keadaan selamat.

Beliau berkata sejak kejadian berbalas tembakan Sabtu lepas yang
mengorbankan enam anggota polis, tahap keselamatan di daerah Semporna berada dalam keadaan berjaga-jaga dan segala aktiviti harian sukar dijalankan.

"Selepas peristiwa itu ada di kalangan penduduk takut hendak keluar rumah dan menjalankan urusan harian, jadi selepas mendengar taklimat Ops Tayang ini, kami amat yakin dengan pasukan keselamatan," katanya.

Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Simunul, yang turut mengorbankan enam anggota mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Blog Archive

A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
Flag Counter

Pemantau Bebas 2020 Followers: