Datuk Ang Say Tee
KUALA LUMPUR, 7 Mac - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur hari ini menyumbang RM100,000 kepada lapan keluarga anggota
polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad
Datu dan Semporna, di Sabah.
Pengerusinya Datuk Ang Say Tee berkata sumbangn itu bagi mengenang jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan negara.
"Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga anggota polis yang terkorban," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tabung Perwira Masyarakat Cina Malaysia di sini hari ini.
Ia disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong. Cek sumbangan RM100,000 itu disampaikan Ang kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim untuk disalurkan kepada keluarga anggota polis berkenaan.
Dalam pada itu, Lee dalam ucapannya berkata sokongan padu rakyat terhadap pasukan keselamatan negara amat diperlukan supaya mereka terus bersemangat mempertahankan keselamatan negara.
"Saya berharap setiap anggota keluarga polis yang terkorban tenang menghadapi ujian ini. Percayalah pengorbanan perwira negara ini bukanlah satu pengorbanan sia-sia kerana ia akan dikenang generasi akan datang," katanya.- BERNAMA

No comments:
Post a Comment